kelubee - crystallized honey

Madu Kelulut Berkristal. Asli atau Tidak?

Mitos dan kepercayaan terhadap madu memang banyak. Mitos ini berkembang dan menjadi kepercayaan apabila idea atau maklumat tersebut diulang-ulang. Lama-kelamaan ia diterima pakai dan menjadi sandaran hujah (walaupun tidak betul).

Salah satu mitos yang kerap kali diperkatakan terhadap madu ialah madu asli tidak akan membentuk mendakan atau berkristal. Apabila terdapat mendakan kristal, ramai percaya madu tersebut bukan madu asli. Ia madu tiruan atau madu campuran (adulterated honey). Ramai pengguna jadi keliru. Kenapa dan bagaimana madu asli membentuk kristal?

Secara semulajadinya, madu merupakan cairan yang mengandungi kandungan gula (karbohidrat) yang amat tinggi (saturated solution). Madu kelulut mempunyai kandungan gula melebihi 50% (kadangkala mencecah 70%). Komposisi ini juga bergantung kepada banyak faktor.Larutan tepu madu (iaitu keadaan air tidak lagi dapat melarutkan gula) ini akan cuba menjadi seimbang melalui proses yang dipanggil pengkristalan gula (gula di’asingkan” dari larutan).

Komponen utama dan penting gula di dalam madu kelulut ialah gula fruktosa dan glukosa. Ratio di antara gula fruktosa dan glukosa perlu sekata. (Madu kelulut biasanya mempunyai kandungan fruktosa sekitar 17 g/100g dan glukosa 14 g/100g). Gula glukosa pula merupakan bahan yang rendah keupayaan untuk larut di dalam air berbanding gula fruktosa.

Gula glukosa lah yang membentuk kristal. Ia terjadi apabila glukosa terpisah daripada cairan madu untuk mencapai kestabilan, dan kristal glukosa terbentuk sebagai mendakan.Proses ini berlaku secara semula jadi. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses kristal ini berlaku. Antaranya suhu dan kelembapan (Relative humidity).

Kesimpulannya, jangan panik (termasuk membuang madu) apabila terdapat mendakan kristal di dalam madu!

Kredit Asal : Man Che Me Trigona

kelubee - sedut madu

Madu Kelulut Mahal?

KELULUNOMIC 2 : MADU KELULUT MAHAL?

Seolah menjadi trend pengguna berpendapat bahawa madu kelulut yang dijual dipasaran mahal. Hakikatnya persepsi itu terbentuk seiring dengan tanggapan bahawa madu lebah kelulut adalah produk kampung. Sedangkan madu kelulut kini adalah bahan semulajadi terbaik yang menjadi SUPERFOOD pertama di Malaysia. Semakin banyak kajian kini menunjukkan madu ini mampu mencegah penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, strok dan kencing manis. Malah turut berpotensi mencegah selsema, meningkatkan ingatan serta melambatkan penuaan.

Mengikut kiraan penyelidik Honeygold Laboratory, kos untuk pengeluaran madu kelulut perkilogram adalah RM180 sekilogram. Kos-kos ini melibatkan kos pembelian koloni, pemasangan toping dan hive, penyelenggaraan dan pencegahan kecurian sarang, tanaman pokok bunga, alat tuaian, pembotolan, upah tuaian dan kos overhead lain. Jadi mengambil kira keuntungan dan limitasi pengeluaran antara bulan Mac sehingga September sahaja setiap tahun serta kos pemasaran, anggaran harga jualan purata madu kelulut di Malaysia sekitar RM300-RM350 sekilogram adalah relevan. Jangan sesekali membandingkan madu lebah kelulut dengan madu lebah ternak  biasa yang diberi makan air gula kerana kelulut hanya mengambil nektar semulajadi pada tumbuhan.

Andai dikira kos harian pengguna pula, dos yang diperlukan hanya sekitar 10g (satu sudu) setiap dua hari. Maka sekilogram boleh dianggarkan bertahan sehingga 6 bulan dan semestinya ia telah lengkap untuk nutrient harian melibatkan tenaga, vitamin, minerals, protein dan zat-zat lain. Maka ia sangat berbaloi dengan nilai yang dibelanjakan.

Kalau kita memandang kehadapan, madu adalah antara penawar yang disebut didalam AlQuran. Tetapi kesukaran mendapatkan yang asli menyebabkan kita hilang keyakinan. Kini, madu kelulut asli dihasilkan dengan banyak dan menjadi tanggungjawab kita menyokong usaha penternak agar industri ini terus bertahan untuk bekalan madu asli kepada kita semua.     

Tapi sudah menjadi lumrah, barangan yang natural seperti ulam akan dipandang murah walaupun sebenarnya lebih baik berbanding bahan sintetik yang dibotol dengan baik. Mungkinkah kita terpengaruh dengan iklan untuk berbelanja mahal bagi produk sintetik berbanding bahan asli yang diadun oleh lebah melalui wahyu Allah? Tepuk dada tanya selera…

Kredit asal: HoneyGold Laboratory

madu dan lemon

Resipi madu kelulut dan lemon

Bagi para penggemar infuse water yang sentiasa mengamalkannya pada setiap pagi, saya ingin memperkenalkan satu formula mudah menggunakan madu kelulut dan lemon. Satu resepi  minuman detox yang mudah menggunakan bahan-bahan yang sentiasa ada dalam peti sejuk pada setiap masa.  Tetapi minuman ini walaupun mudah ianya mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh anda. Resipi mudah ini boleh menghasilkan minuman boleh dinikmati secara panas atau sejuk mengikut pilihan masing-masing tetapi ianya mempunyai khasiat yang sama.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Satu cawan air hangat/suam
  • Satu sudu besar madu kelulut
  • Setengah biji perahan air lemon.

Cara Membuat minuman detox madu kelulut :

  • Taungkan air suam, madu kelulut dan perahan lemon dalam cawan.
  • Boleh ditambah dengan pudina untuk bau yang lebih segar.
  • Boleh ditambah dengan air batu sekiranya suka dengan air sejuk.

Boleh ditambah dengan madu kelulut lagi ikut citarasa.

Khasiat air detox madu kelulut

Kami mencadangkan anda meminum air detox madu kelulut  ini dalam keadaan perut kosong kerana memastikan system penghadaman kita dapat memproses semua khasiat air detox ini secara maksimum.

Anda juga boleh membuat minuman ini dengan air sejuk karena berfungsi sebagai minuman rendah kalori yang menyegarkan, terutama saat cuaca terik sehingga anda tetap terhidrasi. Selain itu, minuman ini juga digemari untuk anak-anak sekiranya ditambahkan sedikit kemanisannya.

Untuk menurunkan badan, cubalah meminumnya dalam keadaan perut kosong, kerana khaisat minuman ini boleh meningkatkan kadar metabolisme untuk mengurangi lemak yang tertimbun dan mengatur pergerakan usus.

Walaupun waktu terbaik untuk meminum air lemon dan madu di pagi hari, walaubagaimanapun anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja sama ada waktu makan tengah har yang akan menyebabkan proses pencernaan anda  menjadi lebih cepat dan mantap.

bawang putih dan madu kelubee

Madu Kelulut Dengan Khasiat Bawang Putih

Madu Kelulut digabung dengan Bawang Putih?

Kali ini saya akan membawakan Siri Khasiat-khasiat Madu Kelulut yang boleh dimakan begitu sahaja ataupun diolah dengan produk-produk lain. Khasiat madu kelulut semua sudah maklum, tetapi sekiranya ia dicampurkan dengan produk superfood yang lain, nilai khasiatnya akan menjadi berlipat kali ganda. Pada kali ini saya ingin memperkenalkan penggunaan Bawang Putih.  Kenapa bawang putih?

Khasiat Bawang Putih

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Cara Penggunaan

Bawang putih sememangnya digunapakai oleh kita pada sebilangan masa dalam masakan. Tetapi pada kali ini kita akan membawakan satu resipi yang memberikan khasiat Bawang Putih berlipat kali ganda kepada badan kita. Resepinya amat mudah.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 200g Madu Kelulut KeluBee

Cara menyediakan

  • 3 ulas bawang putih tu di cincang halus dan dimasukan dalam botol bersih.
  • Masukan 200g Madu Kelulut KeluBee dalam botol yang berisi Bawang Putih Cincang tadi.
  • Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk. Simpan 24jam sebelum boleh digunakan.
  • Tambah bawang putih sekiranya tidak mencukupi

Cara Pemakanan Madu Kelulut & Bawang Putih

Ambil satu sudu madu + bawang putih tadi, kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong. InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan. Disarankan pengambilan resepi ini pada sebelah pagi dan sebelum tidur.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

  • Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
  • Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
  • Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal.
  • Merawat masalah cirit birit.
  • Buang toksik dalam badan.
  • Menambahkan daya ketahanan badan.
  • Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.
  • Mencegah penyakit kanser.
  • Mengurangkan sakit arthritis.
  • Boleh menurunkan berat badan.

Penggunaan madu kelulut secara konsisten juga boleh menyelesaikan masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan. Sila rujuk kepada doktor sekiranya simptom anda berterusan.

Kesimpulannya

Terlalu banyak khasiat madu kelulut kepada kelestarian kesihatan kita dan keluarga tersayang. Dengan menggabungkan dua bahan istimewa ini, iaitu madu kelulut dan bawang putih kita berjaya menghasilkan ramuan perubatan yang terbaik untuk masalah jantung. Mendapatkan bawang putih adalah mudah tetapi jika anda perlukan madu kelulut kami menjemput anda dapatkan produk madu kelulut kami yang asli dan organik ini.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

kelubee probiotic

Khasiat madu kelulut probiotik unggul dan semulajadi

Khasiat madu kelulut tinggi probiotic berbanding minuman berkultur

Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut amat meluas sekiranya dimakan sebagai makanan supplement  yang berkhasiat. Semua sedia maklum bahawa madu kelulut boleh membantu melancarkan proses penghadaman atau pencernaan dalam usus kita. Tetapi adakah kita sedia maklum bagaimanakah proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan proses pencernaan kita menjadi semakin baik didalam usus?

Penemuan mikrob Bacillus SP

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai mirob bacillus sp yang banyak. Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan Berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut. Kesimpulannya kajian ini mendapati ke semua bakteria yang dikenalpasti datangnya daripada tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae. Manakala kajian terkini yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah Berjaya menencilkan dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimanakah bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan produk semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan. Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka. Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya. Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi. Namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Khasiat Madu kelulut sebagai probiotic terbaik?

Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau ragi baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universiti tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik Lactobacilius SP yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran. Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan  mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis. Berbanding dengan Madu Kelulut, ianya sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 Lactobacillus SP yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita. Madu kelulut juga mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%. Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh kelulut manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman.

Khasiat madu kelulut – sumber probiotik Unggul

  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
  • Meningkatkan fungsi penghadaman
  • Meningkatkan penyerapan galian
  • Menghasilkan vitamin yang diperlukan badan
  • Melegakan cirit birit
  • Menguatkan sistem badan

Jadi apa tunggu lagi. Mulalah tukarkan minuman berkultur anak anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, madu kelulut Kelubee.

kelubee koloni

Penternakan Lebah Kelulut – Mudah dan Berhasil

Kelulut atau lebah kelulut atau nama saintifiknya Trigona spp dikategori sebagai lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu (Apis sp.) Terdapat hampir 500 spesis lebah kelulut di seluruh dunia diantaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan banyak lagi.

Lebah kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah madu. Penternakan lebah kelulut digelar sebagai meliponikultur. Kelulut (juga digelar meliponini) boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan Amerika Tropik. Manakala hutan hujan tropika dengan iklim khatulistiwa di Malaysia memberikan kelebihan secara semulajadi kepada lebih 29 spesis Trigona.

Terdapat pelbagai kaedah penternakan kelulut mengikut kesesuaian koloni kelulut serta faktor setempat. Namun kaedah penternakan menggunakan ‘haif topping’ dan ‘kotak haif’ adalah yang paling popular di negara ini.

Kaedah haif topping diaplikasikan dengan memotong tunggul kayu atau batang kayu yang dihuni oleh koloni kelulut secara semulajadi dan diletakkan kotak kayu di atasnya. Kaedah ini sangat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni kelulut masih berada dalam situasi asal dalam kayu. Bagaimana pun penternak hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.

Bagi kotak haif pula, pengusaha mampu menuai bukan sahaja madu kelulut malah mampu menuai roti lebah (beebread) serta propolis. Namun kaedah memindahkan koloni dari tunggul kayu ke kotak haif memerlukan kemahiran agar telur dan sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dilakukan.

Lebah kelulut mempunyai khasiat yang lebih baik jika dibandingkan dengan lebah madu. Madu lebah kelulut mampu membekalkan tenaga, merawat luka dan ulser, merawat kerosakan fungsi ginjal, mengurangkan stress oksidatif, membantu menguatkan tulang belakang dan menstabilkan tekanan darah serta glukos dalam darah. Roti lebah kelulut juga mengandungi asid amino yang diperlukan untuk memperkuatkan fungsi hati dan merawat masalah penghadaman.

Lebah kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis, yang berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-fungus dan anti-virus. Propolis juga dilaporkan mampu mengawal dan menstabilkan penyakit kencing manis, strok, kanser, hipertensi, ginjal dan AIDS jika diamalkan secara berterusan.

Penghasilan madu kelulut banyak berlaku diantara bulan Mac hingga Ogos manakala pada bulan Mac hingga April lebah kelulut giat menghasilkan koloni yang baru. Madu kelulut berwarna coklat gelap dan rasanya masam sedikit jika dibanding dengan madu lebah.

Selain mengeluarkan madu, lebah kelulut juga berperanan penting sebagai agen pendebungaan bagi kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Koperasi Kelulut – Sampugita Kelantan Berhad, pendebungaan yang dilakukan oleh kelulut mampu meningkatkan hampir 40% hasil pertanian. Kini kelulut juga digunakan sebagai agen pendebungaan bagi tanaman melon secara fertigasi di dalam Struktur Perlindung Hujan (SPH).

Hari ini madu kelulut boleh mencapai harga yang sangat tinggi hingga mencecah ke RM 600/kilogram. Pengeluaran madu kelulut bergantung kepada kekuatan koloni. Pengeluaran akan berkurangan pada bulan September hingga Februari kerana ketika ini madu yang dihasilkan akan menjadi sumber makanan kepada anak-anak kelulut dan memperkuatkan koloni.

Seperti juga lebah madu, lebah kelulut tidak mudah rosak serta mempunyai jangka hayat yang panjang. Madu kelulut boleh dijual mentah tanpa melalui sebarang proses. Selain penyediaan haif, tiada penglibatan kos lain kerana kelulut akan mencari sumber makanannya sendiri dari bunga tanaman yang ada di sekelilingnya. Antara bunga tanaman yang digemari adalah bunga belimbing, bunga pokok air mata pengantin, bunga selasih, bunga biden, markisa, bunga pokok jam sepuluh, ulam raja dan lain-lain.

Pemberian makanan gantian seperti rambutan, duku, dokong, longan serta pisang boleh membantu lebah kelulut ketika kekurangan makanan terutama dimusim hujan yang berpanjangan disekitar bulan Oktober hingga Disember. Selain dari itu buah buah betik dan tembikai serta pisang yang cukup ranum, pisang salai serta bunga pisang yang gugur juga merupakan makanan gantian kegemaran kelulut.

Selain penternakan secara komesil, penternakan kelulut atau meliponikultur boleh dijalankan sebagai aktiviti sampingan atau hobi yang mampu menjana pendapatan sampingan. Selain dari itu pemerhatian aktiviti lebah kelulut juga merupakan terapi yang mampu menghilangkan stress kerja. Potensi pasaran yang baik akan dapat menyuntik minat ramai pihak untuk terbabit dalam industri penternakan lebah kelulut walaupun ianya adalah bidang baru dan masih banyak yang perlu diterokai dan dipelajari mengenainya.

healthy-delicious-green-smoothie (2)

Resepi Smoothie dengan Madu Kelulut

Kalau madu lebah boleh dijadikan bahan dalam masakan, madu kelulut pun sama. Lebih menyeronokkan ialah kita boleh dapat khasiat yang sangat tinggi daripada madu tersebut.

Senang, cepat dan sedap sangat. Boleh lah menarik minat kanak-kanak kerana ibarat makan aiskrim.

Di bawah dikongsikan resipi Smoothie Avokado dengan Madu Kelulut. Tetapi, sekiranya tidak gemar avokado, bolehlah anda menggantikan nya dengan buah-buahan lain mengikut cita rasa anda. Cuma, penggunaan avokado boleh memberikan khasiat tambahan iaitu  membantu membaiki ‘skin complexion’ kita agar lebih cantik dan sihat. Okay lah, jom lihat resipinya

Bahan-bahan:

  • 1 biji avokado (isinya mestilah yang telah lembut)
  • 2 sudu besar yogurt Greek (original)
  • 1sudu besar jus kurma (memberi rasa manis tambahan kerana madu kelulut rasanya agak masam)
  • 1 sudu besar madu kelulut
  • 1 gelas susu segar / air masak (terpulang kepada cita rasa anda kerana susu akan memberi rasa lebih lemak)
  • Ketulan ais batu

Cara :

  1. Potong dadu isi avocado.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan isi avokado ke dalam pengisar biasa atau pun ‘fruit mixer’
  3. Kisar sehingga hancur
  4. Masukkan beberapa ketulan ais batu dan kisar sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam gelas smoothies. Nikmatilah dengan penuh selera.
Kelubee - antioksidan

Khasiat Madu Kelulut – Antioksidan bagi Mencegah Penyakit

Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.