Kalau madu lebah boleh dijadikan bahan dalam masakan, madu kelulut pun sama. Lebih menyeronokkan ialah kita boleh dapat khasiat yang sangat tinggi daripada madu tersebut.
Senang, cepat dan sedap sangat. Boleh lah menarik minat kanak-kanak kerana ibarat makan aiskrim.
Di bawah dikongsikan resipi Smoothie Avokado dengan Madu Kelulut. Tetapi, sekiranya tidak gemar avokado, bolehlah anda menggantikan nya dengan buah-buahan lain mengikut cita rasa anda. Cuma, penggunaan avokado boleh memberikan khasiat tambahan iaitu membantu membaiki ‘skin complexion’ kita agar lebih cantik dan sihat. Okay lah, jom lihat resipinya
Bahan-bahan:
- 1 biji avokado (isinya mestilah yang telah lembut)
- 2 sudu besar yogurt Greek (original)
- 1sudu besar jus kurma (memberi rasa manis tambahan kerana madu kelulut rasanya agak masam)
- 1 sudu besar madu kelulut
- 1 gelas susu segar / air masak (terpulang kepada cita rasa anda kerana susu akan memberi rasa lebih lemak)
- Ketulan ais batu
Cara :
- Potong dadu isi avocado.
- Masukkan bahan-bahan yang lain dan isi avokado ke dalam pengisar biasa atau pun ‘fruit mixer’
- Kisar sehingga hancur
- Masukkan beberapa ketulan ais batu dan kisar sehingga sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas smoothies. Nikmatilah dengan penuh selera.
Leave A Comment